Sabtu, 21 Jun 2014

APA ITU MUTIARA




Kulit putih yang cantik adalah dambaan setiap wanita. Berbagai-bagai cara yang dilakukan oleh wanita untuk mendapatkan kulit yang putih gebu dan sihat. Ramai wanita pergi ke pusat kecantikan,  ketika ini, trend kecantikan dan kesihatan memang sedang popular dengan bahan-bahan semulajadi. Pelbagai produk-produk kecantikan sudah mulai menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Sengkuang, green tea, buah betik, beras, lidah buaya, dan lain-lain. Dan produk-produknya pun di lancarkan dengan perawatan lengkap, seperti facial wash, moisturizer, UV cream, lotion, night cream, serum, masker, dan lain-lain.
Salah satu bahan pemutih kulit semulajadi yang sedang hangat adalah berasaskan serbuk mutiara. Seperti yang diketahui, puteri-puteri China sejak zaman dulu menggunakan serbuk mutiara sebagai perawatan kulit agar kulit tetap putih dan cerah dan kemerahan. Cleoptara pun mencampurkan serbuk mutiara dengan susu, seterusnya digunakan untuk mandi supaya kulitnya tetap cerah kemerahan.

Sejarah serbuk mutiara cina:


- Rahsia formula serbuk mutiara tersebut seterusnya diwarisi daripada generasi ke generasi oleh doktor istana

- Digunakan secara luas dalam penyediaan perubatan Cina, kesihatan & pemakanan serta alatan kecantikan
- Diaplikasikan secara luaran & diambil secara dalaman bagi mengekalkan kesihatan & kemudaan
- Chinese Pharmacopoeia : disokong oleh para doktor & pakar herba sebagai rumusan kesihatan yang bernilai
- Rahsia kecantikan kulit para Maharani China sejak 4,000 tahun yang lepas ialah menggunakan serbuk mutiara untuk kecantikan kulit dan wajahnya.

Kenapa & bagaimana serbuk mutiara bertindak?


- Mudah diserap oleh kulit & badan

- Mengandungi bahan pelembap semulajadi, protein, vitamin B kompleks, polisakarida & sedozen mineral-Kandungan yang paling bermanfaat: 20-22 jenis asid amino, termasuk 10 EAA (bahan pembinaan utama organisma hidup )
- Asid amino: fungsi spesifik. Kekurangan mengakibatkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien, tua & berkedut

Kegunaan perubatan Cina tradisional:


- Mencegah penuaan kulit

- Membersihkan kulit
- Menanggalkan kesan bintik akibat usia tua pada kulit
- Memudakan kulit wajah
- Menyahtoksikkan sistem badan
- Menyingkirkan haba berlebihan daripada badan-Menenangkan minda & meringankan tekanan
- Memberi tenaga / merangsang Qi badan
- Mengatur semula metabolisme badan
- Mengurangkan kegelisahan
- Menenangkan hati
- Merawat sakit kerongkong
- Mengurangkan demam-Energize the body / stimulate the body’s energy ( Qi )
- Membetulkan sistem saraf
- Memperbaiki penglihatan
- Merawat insomnia
- Memperbaiki libido seksual di kalangan lelaki
- Meringankan kekejangan hasil daripada angin dalaman
- Berkesan bagi ketakutan, keresahan, palpitasi & insomnia
- Mempercepatkan pembentukan tulang & kepintaran bayi
Manfaat lain dari kosmetik dan perawatan kulit yang mengandungi serbuk mutiara adalah dapat menghindari dari sinar UVA dan B, megelak kulit supaya tidak kusam, dan menghilangkan jeragat. Agar kulit Anda senantiasa sihat, putih, cerah dan kemerahan, pastikan Anda membeli dan menggunakan produk kecantikan kulit yang mengandung bahan yang berasaskan serbuk mutiara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan